Sunday, September 16, 2012

Bermulanya Campus Life.... :)














Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas dibumiNya. Lama benor yob tak coret-coret kat sini.
Bukan apa, sibuk dengan assignment la, itu la, ini la. Eh, lupa nak habaq . Saya sekarang dah pun bergelar palajar di ALAM. Tau dak apa tu? Common kot. Akademi Laut Malaysia. Haaa. memang dah lama aku berhajat nak masuk ALAM ni. Alahmdulillah Dia bagi aku peluang . Dan aku takkan sia-siakan . Ramai yang letak harapan kat aku. Especially parents la kan.









Bercerita pasai ALAM ni, bukan nak cakap apa la kan. Pada sesiapa yang berhajat nak masuk sini, persiapkan diri dulu. Paling sakai pun boleh buat push up 30 kali dan squats jump 50 kali. Amacam? Ada bran? Ini bukan bohong punya cerita bhaiii.




Fikir la masak-masak sebelum nak masuk sini yea adik-adik sekalian. Kalau nak bercerita pasal life kat ALAM ni, jenuh nak cerita.

Ahaa, aku teringat something. Ramai orang diluar sana yang beranggapan ALAM ni akademi tentera laut. Wrong dude, totally wrong. Kami bukan tentera laut walaupun exercise kami ni ala-ala tentera kan? Jangan salah sangka. Exercise ni bertujuan nak bina ketahan mental dan fizikal sebab kami nanti bukan kerja dalam ofis yang ada hawa dingin dan ada pantry untuk buat kopi dan tidur bila bos takde . Kami kerja kat tengah laut bhaii. bayangkan empat bulan kat tengah laut.



Kat tengah laut tu mana ada Unifi, Streamyx bagai. Dan tadenye nak Instagram, whatsapp , BBM etc. Dats why laa mental dan fizikal dah dibina awal-awal lagi kat ALAM. Nak cerita memang jenuh lah.

Apa-apa pun, kepada sesiapa yang berhajat beno nak masuk ALAM, dan betul-betul tekad nak masuk, dipersilakan. Bukan calang-calang manusia boleh menceburi bidang ni . Bak kata lecturer aku la kan, kami ni adalah endangered species. maksudnya, spesies yang jarang ditemui. Golongan kami, seafarer ni berbeza dengan golongan di darat.

Hmm. hamba mohon izin berundurlah. InsyaAllah akan story lagi bout life kat ALAM .

terima kasih daun keladi,
esok-esok datang lagi,
setakat baca belum cukup lagi,
moh le push dan push button follow kat tepi ni :)

Assalamualaikum :)





No comments:

Post a Comment